Friday, February 11, 2011

Pengenalan Mengenai Karnival Kedah Sejahtera

KARNIVAL KEDAH SEJAHTERA, Peringkat Daerah Yan 2011 akan diadakan bersempena dengan Hari Keputeraan DYMM Sultan Kedah Darul Aman yang ke 83, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Karnival ini akan berlangsung di Dewan dan Padang Awam, Pekan Guar Cempedak pada 25, 26, 27hb Mac 2011. Karnival ini dianjurkan oleh Pentadbiran Daerah Yan dengan kerjasama Majlis Ketua Kampung Daerah Yan dan disokong oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Acara perasmian oleh YAB Menteri Besar Kedah dan dirancang akan berlangsung pada 25hb Mac 2011 (Jumaat) jam 5.30 petang dan acara penutupan akan berlangsung pada 27hb Mac 2011 (Ahad) jam 10 malam oleh Ahli Parlimen Jerai.

                            
    

No comments:

Post a Comment